Daripada Ibnu Mas'ud r.a., bahawasanya
dia berkata: "Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, Baginda mengumpul
kami di rumah Siti Aishah r.a
Kemudian
baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:
Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah
menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat
kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai
pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap
Allah."
"Kebahagiaan
dan kenikmatan di akhirat kami jadikan untuk orang-orang yang tidak
ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerusakan di muka bumi. Dan
kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."
Kemudian
kami bertanya: "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? "Baginda menjawab:
"Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadrat Allah, ke
Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila."Kami bertanya
lagi: "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?"
Rasulullah
menjawab: "Salah seorang ahli bait."Kami bertanya: "Bagaimana nanti
kami mengafani baginda ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Dengan bajuku
ini atau pakaian Yamaniyah."
Kami bertanya: "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis.
Kemudian
baginda bersabda: "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua.
Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku
di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku.
Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama
mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian
Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala
tenteranya.
Kemudian
masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula2 solat
adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang
wanita-wanitanya, dakemudian kamu semua."
Semakin Tenat
Semenjak
hari itu, Rasulullah saw bertambah sakitnya yang ditanggungnya selama
18 hari. Setiap hari, ramai yang mengunjungi baginda, sampailah
datangnya hari Isnin, disaat baginda menghembuskan nafasnya yang
terakhir. Sehari menjelang baginda wafat yaitu pada hari Ahad, penyakit
baginda semakin bertambah serius.
Pada
hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia
berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam:
"Assalamualaikum ya Rasulullah?"
Kemudian dia berkata lagi: "Assolah yarhamukallah."
Fatimah menjawab: "Rasulullah dalam keadaan sakit."
Maka
kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika bumi terang disinari matahari
siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata
seperti perkataan yang tadi.
Kemudian
Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk. Setelah Bilal bin Rabah
masuk, Rasulullah saw bersabda: "Saya sekarang berada dalam keadaan
sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan saja agar Abu Bakar menjadi imam
dalam solat."
Maka
keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil
berkata: "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?"
Kemudian dia memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar beliau
menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke
tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah
lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu dia menjerit dan
akhirnya dia pingsan. Orang-orang yang berada di
dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw.
Baginda bertanya: "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?"
Siti Fatimah menjawab: "Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah saw tidak ada bersama mereka."
Kemudian
Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a. Sambil
dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid.
Baginda solat dua rakaat.
Setelah
itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: "Ya ma aasyiral
Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah.
Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada.
Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT kerana
aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari
pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di
alam dunia ini."
Malaikat Maut Datang Bertamu
Pada
hari esoknya yaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat
Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian
sebaik-baiknya.
Dan Allah menyuruh
Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut.
Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk.
Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk
dan hendaklah dia kembali saja.
Maka
turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia
menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat
kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum
wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"
Fatimah
pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah
(hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum, bolehkah sayanmasuk?"
Akhirnya
Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya
kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"
Fatimah
menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya
bahwa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi
dengan suara yang menggetarkan sukma."
Rasulullah saw bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?"
Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda."
Lalu
Rasulullah saw menjelaskan: "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir
kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur".
Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Masuklah, wahai Malaikat Maut."
Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan: "Assalamualaika ya
Rasulullah."
Rasulullah saw pun menjawab: "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang
untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"
Malaikat
Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika
tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."
Rasulullah saw bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"
Jawab Malaikat Maut: "Saya tinggal dia di langit dunia."
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw. Maka bersabdalah Rasulullah saw: "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahwa ajalku telah dekat?"
Jibril menjawab: "Ya, wahai kekasih Allah."
Ketika Sakaratul Maut
Seterusnya Rasulullah saw bersabda: "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"
Jibril
pun menjawab: "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan
malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."
Baginda saw bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"
Jibril
menjawab lagi: "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan
bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan
buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."
Baginda
saw bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi
wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"
Jibril
menjawab: "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang
pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."
Kemudian
Rasulullah saw bersabda: "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk
Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang
menggembirakan aku."
Jibril a.s. bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"
Rasulullah
saw menjawab: "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh
orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi
orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang
akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"
Jibril
menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya
Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan
umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."
Maka berkatalah Rasulullah saw: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."
Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.
Ali r.a. bertanya: "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"
Rasulullah
menjawab: "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali,
sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth
(minyak wangi) dari dalam Syurga."
Kemudian
Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh
baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah
pedihnya maut."
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.
Lalu Rasulullah saw bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"
Jibril
menjawab: "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka
baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"
Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.
Kesedihan Sahabat Muaz bin Jabal R.A
Berkata
Anas r.a.: "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah r.a., aku
terdengar dia sedang menangis sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang
tidak pernah memakai sutera, wahai orang-orang yang keluar dari dunia
dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum, wahai orang-orang
yang telah memilih tikar daripada singgahsana, wahai orang-orang yang
jarang tidur diwaktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."
Dikisahkan
dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Muaz bin Jabal
r.a. telah berkata: "Rasulullah saw telah mengutusku ke Negeri Yaman
untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana
selama 12 tahun.
Pada satu malam aku
bermimpi dikunjungi oleh seseorang. Kemudian orang itu berkata kepadaku:
Apakah anda masih lena tidur juga wahai Muaz, padahal Rasulullah saw
telah berada di dalam tanah?"
Muaz
terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu dia mengucapkan:
"A'uzubillahi minasy syaitannir rajim." Lalu setelah itu dia mengerjakan
solat. Pada malam seterusnya, dia bermimpi seperti mimpi malam yang
pertama.
Muaz
berkata: "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan." Kemudian dia
memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.
Pada keesokan harinya, orang ramai berkumpul lalu Muaz berkata kepada
mereka:
"Malam tadi dan malam
sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila
Rasulullah saw bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf
(al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku." Setelah Muaz menerima
Mushaf, lalu dibukanya. Maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula."
(Surah Az-Zumar: ayat 30)
Maka
menjeritlah Muaz, sehingga dia tidak sadarkan diri. Setelah dia sadar
kembali, dia membuka Mushaf lagi dan dia nampak firman Allah yang
berbunyi: "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah
berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau
dibunuh kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang
berbalik ke belakang, maka
dia tidak
dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?" (Surah
Al-lmran: ayat 144) Maka Muaz pun menjerit lagi: "Aduhai Abal-Qassim.
Aduhai Muhammad."
Kemudian
dia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika dia akan
meninggalkan penduduk Yaman, dia berkata: "Seandainya apa yang ku lihat
ini benar, maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan
orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak
ada pengembala."
Kemudian
dia berkata: "Aduhai, sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad saw." Lalu
dia pun pergi meninggalkan mereka. Di saat dia berada pada jarak lebih
kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar
olehnya suara
halus dari tengah-tengah lembah yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati."
Lalu
Muaz mendekati sumber suara itu. Setelah berjumpa, Muaz bertanya kepada
orang tersebut: "Bagaimana khabar Rasulullah saw?" Orang tersebut
menjawab: "Wahai Muaz, sesungguhnya Muhammad saw telah meninggal dunia."
Mendengar ucapan itu, Muaz terjatuh dan tak sadarkan diri. Lalu orang
itu menyadarkannya. Dia memanggil Muaz: "Wahai Muaz, sedarlah dan
bangunlah."
Setelah
Muaz sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat
untuknya yang berasal dari Abu Bakar As-siddiq, dengan kop dari
Rasulullah SAW. Tatkala Muaz melihatnya, dia lalu mencium kop tersebut
dan diletakkan di matanya. Kemudian dia menangis dengan tersedu-sedu.
Setelah puas dia menangis, dia pun melanjutkan perjalanannya menuju Kota
Madinah. Muaz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing.
Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan
azan
Subuh. Bilal mengucapkan: "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?" Muaz
menyambungnya: "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah." Kemudian dia
menangis dan akhirnya dia jatuh dan tak sadarkan diri lagi.
Pada
saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy r.a. lalu dia
berkata kepada Bilal: "Wahai Bilal, sebutkanlah nama Muhammad dengan
suara yang kuat dekatnya. Dia adalah Muaz yang sedang pingsan." Setelah
Bilal selesai azan, dia mendekati Muaz, lalu dia berkata:
"Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Muaz, aku telah mendengar dari
Rasulullah saw, baginda bersabda: Sampaikanlah salamku kepada Muaz."
Maka Muaz pun mengangkatkan kepalanya
sambil
menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa dia
telah menghembuskan nafas yang terakhir. Kemudian dia berkata: "Demi
ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika
baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita
pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah r.a."
Setelah
sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Muaz mengucapkan:
"Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh." Yang
keluar ketika itu adalah Raihanah, dia berkata: "Aisyah sedang pergi ke
rumah Siti Fatimah." Kemudian Muaz menuju ke rumah Siti Fatimah dan
mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahlil bait."
Siti
Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian dia berkata: "Rasulullah saw
bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal
dan haram adalah Muaz bin Jabal. Dia adalah kekasih Rasulullah saw."
Kemudian Fatimah berkata lagi: "Masuklah wahai Muaz." Ketika Muaz
melihat Siti Fatimah dan Aisyah r.a., dia terus pingsan dan tak sedarkan
diri. Setelah dia sedar,
Fatimah lalu berkata kepadanya: "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Sampaikanlah
salam
saya kepada Muaz dan khabarkan kepadanya bahawasanya dia kelak dihari
kiamat sebagai imam ulama." Kemudian Muaz bin Jabal keluar dari rumah
Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah saw.
Hikmah Yang Dapat dipetik Adalah :
Kita
sebagai Umat Nabi Muhammad Saw hendaknya selalu mengikuti apa yang
telah diajarkannya kepada kita, dan hendaknya kita juga selalu mencintai
beliau seperti sahabat-sahabatnya maupun orang-orang terdekatnya.karena
berkat kesabaran dan keteguhan hati beliaulah kita umat manusia selamat
dari kejahiliaan.
Didalam
kisah ini kita juga dapat ketahui, bahwa betapa sakitnya nyawa kita
dicabut dari raga ,seperti sakaratul maut yang terjadi pada nabi
Muhammad Saw, dapat kita bayangkan kekasih Allah merasakan betapa
perihnya sakaratul maut itu, Seandainya sakaratul maut itu terjadi pada
kita apa yang kita rasakan ?
0 Response to "Detik-detik Terakhir Menjelang Wafat Rosulullah"
Post a Comment